andrewhtf Site Admin
Joined: 14 Jan 2008 Posts: 16 Location: KLANG
|
Posted: Tue Jan 15, 2008 1:53 am Post subject: CARB OVERFLOW |
|
|
Oleh : ShamZX11
Sessi kali ni, diterangkan bagaimana cara menangani masalah Overflow pula. Masalah ini bukan terjadi pada semua ZZR 250, tapi kebanyakannya memang terjadi.Dalam berbelas-belas ZZR yang saya dah repair, boleh dikatakan 40% memang ada masalah ni dan ada yang terlalu kronik. Ada yang beli ZZR 250 2ndhand dan daily commute tapi selama 3 tahun tak pernah kena Overflow. Dulu saya beli ZZR 250 1st model baru, 3 tahun pakai memang tak pernah overflow. Beli 2ndhand tahun lepas model 94 kaler biru, tak Overflow gak. Ya, 1st model ni kebanyakannya memang tak overflow. Yang banyak overflow adalah model 96 kaler hijau. Suratan atau kebetulan tak dapat dipastikan, nasib-nasib la kan.
Overflow
Mula-mula buka tangki seperti apa yang diterangkan dalam sessi Adjust Tappet, cabut Plug Cap.
Masukkan Spark Plug Opener.
Gunakan spana 17 dan buka ikut arah yang ditunjukkan dalam gambar.
Keluarkan Spark Plug dan lihat kesan minyak kat Spark Plug. Secara tak langsung, inilah cara-cara menukar Spark Plug. Untuk sesapa yang tak pernah tukar Spark Plug dengan tangan sendiri, mungkin inilah masanya untuk mencuba.
Buka-kedua-dua Spark Plug dan lihat kesan Petrol. Jika kedua-dua Spark Plug basah bermakna Overflow berlaku pada kedua-dua Karburetor. Untuk memastikan lagi, start enjin dan lihat pancutan Petrol yang keluar dari kebuk (lubang Spark Plug) Jika Petrol hanya terpancut sebelah bermakna hanya sebelah sahaja Karburetor yang Overflow. Overflow mungkin bersifat sementara disebabkan pelampung tersekat. Selepas Petrol tidak lagi terpancut dari kebuk, biarkan selama 5 minit dan pasangkan semula Spark Plug. Start enjin dan lihat sama ada enjin boleh dihidupkan atau Overflow berlaku semula. Jika berlaku juga Overflow maka anda tak perlu lagi membuang masa meneruskan siaran ulangan proses ini. Sudah sampai masanya membuka Karburetor dan buat adjustment pada Float Valve.
Sessi membuka Karburetor telah pun bermula. Sebelum tu kena la buka fairing kanan dan kiri dulu. Buka skru yang ditunjukkan dalam gambar, bahagian kanan dan kiri.
Tarik Spring "Air Box" ke belakang.
Tarik keluar Idling Knob dari holder.
Pisahkan Karburetor dari enjin dan "Air Box".
Longgarkan Nut A dan B menggunakan spana saiz 10 kemudian tanggalkan kabel A, B dan C. Keluarkan Petrol dari kedua-dua karburetor dengan membuka skru pada Petrol Drain (no.5). Jangan lupa atau limpahan Petrol akan merosakkan Diaphram.
Skru no.1 ada 8 biji, kalau perlu buka semua. Kalau Overflow sebelah jer, buka 4 biji jer la. Nak keluarkan Float/ Pelampung (no.3), kena cabut pin no.2 dulu. Masalah Overflow biasanya disebabkan adjustment atau komponen pada no.4 . Sama ada Float Valve rosak atau Float Lip adjustment terlalu rendah. Dalam kes ni, kena cungkil Float Lip bagi tinggi sket supaya cukup tolakan pada pada Float Valve bila Petrol penuh kat Lower Housing.
Kalau perlu buka Diaphram, buka skru no.6 . Ada 8 biji semuanya. Dalam banyak kes, tak perlu buka. Mungkin juga perlu buka untuk periksa Jarum Jet dan sebagainya. Atau suka-suka nak buka, buka jer la. Tapi perlu di ingat, Diaphram ni mahal ya amat. Pastikan duduknya betul dalam lingkaran sebelum pasang Cover dan ketatkan skru. Dalam keadaan Overflow biasanya Diaphram ni mengembang. Baik toksah buka la... hehe...
Kalau semua dah buka jadi cam gambar kat bawah la, check la satu-satu mana yang agak-agak problem tu.
Biasanya kes ni problemnya 2 jer:
1) Float Lip adjustment terlalu rendah
2) Float Valve (haus).
Float Valve ni boleh pakai Honda CG125 punya, RM5~RM7 jer sebiji. Ori punya RM15~RM25 sebiji. Pastikan 2 biji tu mempunyai keanjalan Spring yang sama.
Pasang semula Float Valve, Float dan pin. Dalam keadaan terbalik, pastikan ianya separas dan cuba goyangkan untuk menguji keanjalan spring Float Valve. Puas hati, pasangkan semula Lower Housing dan semua yang berkenaan. Pasangkan semula Karburetor ke bahagian enjin. Cuba start, kalau semua OK mesti boleh start punya. Kalau Overflow lagi maknanya adjustment Float Lip tak cukup tinggi. Buka semula dan adjust naik sedikit lagi. Buat siaran ulangan sampai dia OK. Setting angin biasanya tak lari, faktor ni memang best untuk ZZR 250. Servis Karburetor banyak kali pun tak yah risau pasal setting angin.
Kalau dah OK, pasangkan semula fairing dan boleh gi ronda-ronda. Kalau Overflow ni jadi semasa dalam perjalanan maka dah boleh meneruskan perjalanan. Kalau tak OK gak kena rujuk sessi Grind Valve perenggan akhir... hehe... _________________ Mum tak-jung soi krop
preeng-prenngg 2-stroke kainyaper
usong ZZR gebek tunggeng!!! |
|